Pembangunan setiap kampung di utamakan — Nancy

Nancy (empat kiri) di Majlis Ramah Tamah Meriahnya Raya N4 Pantai Damai hari ini.

KUCHING, 12 Mei: Kerajaan komited membantu setiap kampung membangun menerusi peruntukan daripada pihak kerajaan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri.

Justeru, beliau menggesa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) segera menghantar permohonan bagi peruntukan yang diperlukan.

“Hantar segera, kerana ada proses untuk kelulusan permohonan.

“Saya tidak mahu ia lambat dan saya tidak mahu ada kawasan atau Kampung yang ketinggalan.

“Jangan nanti tiada apa untuk ditunjukan kepada pengunjung atau pelancong , tiada apa apa nak ditunjukan keoada penduduk kampung,” katanya.

Nancy berkata demikian di Majlis Ramah Tamah Meriahnya Raya N4 Pantai Damai di Dewan Samariang di sini, hari ini.

Tambah Nancy yang juga MP Santubong, peruntukan daripada pihak kerajaan memang ada.

Tetapi ujar beliau, kerajaan baharu mempunyai cara tersendiri dalam menyalurkan peruntukan tersebut.

Katanya, ia hendaklah melalui proses permohonan baiknya untuk pembangunan atau penganjuran aktiviti.

“Kita mahukan setiap Kampung ada tarikan tersendiri untuk menarik pelancong datang,” ujar Nancy. — DayakDaily