Pemandu lori maut dalam kemalangan di Mukah

Keadaan lori mangsa di lokasi kejadian.

MUKAH, 7 Nov: Seorang pemandu lori meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Kampung Sungai Kut, Dalat hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mangsa dikenali sebagai Jainudin Jana, 60 tahun dilaporkan tersepit di dalam lorinya dalam kemalangan yang berlaku sekitar jam 3.52 petang.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mukah dikerahkan ke lokasi kejadian.


“Komander operasi memaklumkan kemalangan melibatkan sebuah lori membawa muatan batang pokok sagu yang telah terbabas mengiring sebelah kanan ke dalam parit.

“Anggota penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit mengunakan peralatan khas.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas diperiksa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. — DayakDaily