Pemandu kren kejang otot di ketinggian 63 meter.

Mangsa yang berjaya dibawa turun oleh anggota bomba sebelum dikejarkan ke hospital berdekatan.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, Okt 23: Seorang pemandu kren terpaksa diturunkan dengan bantuan pihak bomba dari ketinggian 63 meter aras laut apabila mengalami kekejangan otok ketika mengoperasikan krennya sekitar jam 2.30 petang tadi.

Mangsa sedang dibawa turun dari kren.

Jurucakap Bomba berkata pihaknya berjaya menurunkan mangsa berusia 29 tahun itu menggunakan pengusung dengan kaedah ‘lowering’.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital swasta berdekatan untuk mendapatkan rawatan dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.26 petang. — DayakDaily