Pemandu kereta ditangkap, video gaduh dengan parang dan pisau tular di media sosial

DSP Aswandy Anis

SERIAN, 16 Nov: Dua lelaki yang dirakam bergaduh dengan bersenjatakan pisau dan parang di lampu isyarat berdekatan Taman Community, di sini ditangkap polis.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata kedua-dua suspek ditahan selepas satu laporan polis dibuat terhadap video mereka yang tular di media sosial.

Katanya, kedua-duas suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.


“Dalam video tersebut, didapati kedua-dua pemandu tersebut bergaduh bertikam lidah dimana kedua-duanya telah membawa pisau dan parang.

“Satu laporan polis telah dibuat terhadap video tular ini, pihak polis daripada IPD Serian telah menangkap dan menahan kedua-dua suspek untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Polis mengesa masyarakat awam agar sentiasa bertimbang rasa dan mematuhi peraturan jalan raya serta tidak bertindak hingga mendatangkan kegusaran. — DayakDaily