Pemandu e-hailing rugi RM14,200 selepas ditipu ‘Along’ palsu

Arrest - DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 5 Mei: Seorang pemandu e-hailing mengalami kerugian sebanyak RM14,200 selepas menjadi mangsa scammer yang mendakwa sebagai ‘Along’ baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, lelaki berusia 40 tahun itu mendakwa telah menerima mesej yang dihantar melalui aplikasi WhatApps pada April tahun ini dari orang yang tidak dikenali, meminta mangsa supaya menyelesaikan pembayaran hutang rakannya.


Dipercayai, penghantar mesej adalah dari kawasan luar Sarawak.

Difahamkan, mangsa telah diugut akan dicederakan sekiranya enggan melunaskan hutang rakannya itu.

Sebanyak 52 transaksi bank telah dibuat oleh mangsa sebelum bertindak membuat laporan polis , selepas dia merasakan diri ditipu. ā€” DayakDaily