This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 15 Ogos: Pemain biola kelahiran Sibu, Imran Azim Iskandar mengharumkan nama Malaysia di persada dunia selepas memenangi pingat emas dan gelaran juara dunia di Kejohanan Seni Persembahan Dunia 2023 (WCOPA) di Hollywood, Anaheim, California baru-baru ini.
Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Imran turut memenangi dua pingat perak untuk kategori karya kontemporari dan asli serta dua gangsa untuk kategori jazz dan terbuka di kejohanan berprestij tersebut.
Mengulas kejayaan itu, ADUN Bukit Assek Joseph Chieng Jin Ek menyifatkan kemenangan diperolehi Imran sebagai juara di pentas dunia amat membanggakan rakyat Sarawak.
“Dari sini, kita dapat lihat, sebenarnya kita anak Sarawak boleh menjadi juara dunia selagi hati kita ada dan kita boleh berjaya jika kita sanggup belajar serta berlatih bersungguh-sungguh.
“Saya rasa dia benar-benar contoh ikutan anak muda kita,” katanya.
Tambahnya, beliau akan turut menyumbangkan insentif kepada Imran Azim apabila beliau melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Assek kelak. — DayakDaily