Pelanggan setia Emart menang kereta Honda HR-VS baru

Norassuandi Ali (tengah) bersama isteri dan anaknya ketika menerima hadiah kereta Honda HR-VS pada cabutan akhir acara Cabutan Bertuah Ulangtahun Ke-12 Emart.
Advertisement

KUCHING, Dis 17: Seorang penjual kereta yang menjadi pelanggan setia pasaraya Emart cawangan Matang, Norassuandi Ali, 39, menjadi pemenang hadiah utama berupa kereta Honda HR-VS pada cabutan akhir acara Cabutan Bertuah Ulangtahun Ke-12 Emart di cawangan pasaraya terbabit di Batu Kawa, di sini, semalam.

Pemenang hadiah kedua cabutan berupa kereta Perodua Alza ialah pelanggan Emart cawangan Batu Kawa, Chai Moi, manakala pemenang hadiah ketiga berupa kereta Perodua Axia ialah pelangan Emart cawangan Tudan, Nani Abu. Pemenang hadiah keempat berupa motosikal Yamaha YZF R25 ialah pelanggan Emart cawangan Riam, Zamzuri Saban.

Hadiah mereka telah disampaikan Pengurus Cawangan Emart, Jee Kwang dan disamping itu seramai 16 pelanggan pasaraya itu juga didedahkan sebagai pemenang hadiah saguhati cabutan bertuah terbabit yang berupa baucer tunai bernilai RM500.

Advertisement

Norassuandi yang bekerja sebagai penjual kereta berkata beliau telah lama menjadi pelanggan setia cawangan pasaraya terbabit di Matang sejak ia mula beroperasi kerana dekat dengan rumahnya dan mengakui akan berbelanja sekitar RM200 hingga RM300 setiap kali membeli belah di cawangan pasaraya itu.

“Sebelum ini saya kerap menyertai peraduan atau cabutan bertuah yang diadakan pasaraya terbabit tetapi tidak pernah memenangi sebarang hadiah, tetapi kali ini saya telah amat bertuah memenangi hadiah utama kereta Honda HR-VS apabila menyertai cabutan bertuah ini,” katanya yang menghadiri acara cabutan akhir itu bersama isteri dan tiga anaknya.

Beliau selepas ini akan berkongsi mengunakannya kereta baru yang dimenanginya itu dengan isterinya bagi turun bekerja dan kerana hadiah terbabit adalah kereta yang ketiga milik keluarganya.

Norassuandi Ali (dua dari kiri) bersama pemenang lain dan kakitangan Emart Cawangan Batu Kawa selepasa cabutan akhir acara Cabutan Bertuah Ulangtahun Ke-12 Emart.

Acara cabutan bertuah terbabit adalah bersempena ulangtahun Emart ke-12 tahun ini dan telah terbuka dari Sept 1 hingga Nov 30 bagi disertai pelanggan yang menjadi ahli pasaraya terbabit sekiranya membeli barangan bernilai lebih RM100 dalam satu resit.

Keseluruhannya, dianggarkan 997,000 resit dari ahli pelanggan pasaraya terbabit dari tujuh cawangannya di negeri ini iaitu Matang, Tudan, Riam, Batu Niah, Batu Kawa, Sukma Ria dan Demak Laut telah diterima bagi menyertai cabutan bertuah itu yang keseluruhannya menawarkan hadiah bernilai RM300,000 yang bertujuan menghargai sokongan pelanggan selama ini.

Keempat peserta cabutan akhir terbabit termasuk Norassuandi telah terpilih dari cabutan pertama acara terbabit Dis 10 lepas di cawangan pasaraya itu di Batu Kawa, Matang, Tudan dan Riam. — DayakDaily

Advertisement