Pelaksanaan PKPD Politeknik Mukah tamat hari ini

File photo for illustration purposes. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 28 April: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Politeknik Mukah yang dilaksanakan sejak 11 April lalu ditamatkan hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi satu kenyataan semalam berkata, keputusan dibuat susulan hasil saringan kedua tidak mendapati sebarang kes positif yang baharu.

“Di samping itu juga tiada bukti yang menunjukkan jangkitan masih menular di kawasan tersebut,” kata JPBNS.

Keputusan itu juga dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan semua kontak rapat kes positif telah dikenal pasti dan diasingkan di pusat kuarantin yang disediakan.

Sebanyak 264 kes positif Covid-19 telah direkodkan oleh KKM hasil daripada 1,703 keseluruhan ujian saringan dilakukan.

Semua penghuni Politeknik Mukah telah disaring sebanyak dua kali dengan kes terakhir dilaporkan pada 25 April 2021 iaitu dua kes. — DayakDaily