PKRC kem Belia Mukah kembali beroperasi selepas jangkitan di Politeknik Mukah pulih

Hamidah (kanan) menerima unit penghawa dingin bagi kemudahan di PKRC Kem Belia Mukah yang disumbangkan Balingian Energy Mineral dan Ahli Parlimen Mukah Dato Hanifah Hajar Taib

MUKAH, 28 April: Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Bahagian Mukah akan kembali beroperasi semula di Kem Belia Mukah selepas kes jangkitan Covid-19 di Politeknik Mukah pulih sepenuhnya.

Memetik Laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas) Pengerusi Jawatankuasa Bencana Bahagian Mukah Hamdiah Bakir berkata, keadaan di politeknik tersebut kini berada dalam keadaan terkawal selepas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan institusi pengajian tinggi tersebut.

“Kita nampak di Politeknik Mukah, sudahpun terkawal. Tiada lagi kes-kes dari tempat tersebut, kecuali mereka yang masih dikuarantin dan mereka yang menunggu keputusan ‘second swab’. Yang lain-lain semua habis dikesan dan keputusan semua sudah diperolehi.


“Jadi untuk itu apabila keadaan selesai di Politeknik Mukah, kalau kes tidak banyak, kita akan beroperasi kembali di Kem Belia Mukah. Sekiranya banyak, akan kembali ke Dewan Politeknik Mukah,” katanya ketika ditemui selepas simbolik penyerahan sumbangan tiga unit penghawa dingin kepada PKRC Mukah pada Selasa.

Hamdiah yang juga Residen Mukah berkata Pegawai Kesihatan Bahagian Mukah memberitahu, pasukan pertugas kesihatan di bahagian terbabit telah menerma tambahan 14 lagi kakitangan kesihatan bagi membantu usaha menangani penularan Covid-19 di bahagian terbabit

Katanya, tiga orang daripada 14 kakitangan adalah bagi membantu tugas-tugas di PKRC manakala selebihnya untuk membantu proses Pengesan Kes Secara Aktif (ACD).

Dalam lawatan tersebut, Hamdiah turut berkesemlatan meninjau kawasan sekitar kem terbabit bagi melihat kelengkapan dan kemudahan yang telah diperlengkapkan di tempat tersebut.

Ia bagi memastikan kem belia terbabit sesuai dan menepati kriteria yang ditetap dalam membolehkan tempat tersebut untuk digunakan sebagai PKRC kelak. — DayakDaily