Pelaburan RM1 bilion tanaman padi Sarawak wajar dipuji — PKR Batang Lupar

Abang Zulkifli Abang Engkeh
Advertisement

Oleh DayakDaily Team

KUCHING, 17 Julai: Sarawak bakal menikmati keuntungan sekiranya pelaburan RM1 bilion bagi tanaman padi membuahkan hasil.

Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batang Lupar Abang Zulkifli Abang Engkeh berkata, Sarawak akan lebih beruntung jika satu masa kelak hasil padi mampu diekspot ke luar negeri.

Advertisement

“Pelaburan RM1 billion untuk tanaman padi yang diumumkan oleh Premier Sarawak baru-baru ini adalah agenda besar yang sangat wajar dan disambut baik oleh semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Abang Zulkifli, pelaburan itu membuka peluang kepada sebanyak mungkin kawasan di seluruh Negeri dan tidak menumpu kepada kawasan kawasan tertentu sahaja.

Justeru katanya, rakyat Sarawak digesa tidak melepaskan peluang dan bersama terlibat dalam projek.

“Selain itu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri disaran terus memberi sokongan dan bantuan yang sewajarnya kepada golongan petani sara diri sedia ada.

“Harapan kita petani-petani ini supaya mampu terlibat dalam tanaman padi secara komersial,” ujarnya. — DayakDaily

Advertisement