Pekerja warga India jatuh dari kapal belum ditemui

Kelihatan lokasi mangsa dipercayai terjatuh dari kapal.
Advertisement

Oleh Dean Adam

SIBU, Dis 27: Seorang pekerja kapal warga India dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari kapal semasa berlabuh di Tanjung Kunyit di sini pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga hari ini masih belum menemui mangsa.

Advertisement

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Tiong Ling Hii berkata, mangsa yang dilaporkan hilang dikenal pasti sebagai Vikash, 19.

Anggota bomba sedang melakukan operasi SAR.

Katanya, berdasarkan laporan diterima, mangsa dikatakan terjatuh ke dalam sungai dari kapal yang sedang berlabuh di pelabuhan Tanjung Kunyit Sibu di sini.

“Semasa kejadian, mangsa dikatakan hendak muntah di bahagian belakang kapal sebelum dia dikatakan terjatuh ke dalam sungai.

“Rakan sekerja mangsa kemudian membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya sebelum insiden itu dimaklumkan kepada pihak bomba,” katanya di sini hari ini.

Tiong menambah, setakat ini radius.pencarian adalah sejauh kira-kira 20 kilometer.

Katanya, operasi pencarian itu adalah dengan menggunakan kaedah mengesan di permukaan sungai.

“Namun, sehingga kini mangsa masih belum ditemui dan perkembangan kes ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” ujarnya. -DayakDaily

Advertisement