Pekayuh Azam Kasihnya Warisan dinobat Raja Sungai Batang Kayan 2024

Snowdan (dua dari kiri) merakamkan kenangan bersama pemenang-pemenang Regatta Batang Kayan Lundu 2024. Foto: Ukas
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 29 Julai: Pekayuh Azam Kasihnya Warisan dinobatkan sebagai Raja Sungai Batang Kayan 2024.

Pasukan dari Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak itu menewaskan pencabar-pencabar lain dalam saingan Bidar 30 Pekayuh Lelaki pada Pesta dan Regatta Batang Kayan Lundu 2024 semalam.

Advertisement

Sebagai juara, pekayuh Azam Kasihnya Warisan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM12,000.

Naib johan disandang pekayuh Buraq Terbang yang juga memenangi wang tunai sebanyak RM6,000.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh pekayuh Cempaka Pantai Damai Bin Laden dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM4,000.

Hadir menyampaikan hadiah ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Snowdan Lawan. — DayakDaily

Advertisement