Pekan Long Lama terputus hubungan akibat banjir

Pemantauan dari udara yang dikongsi netizen kepada JBPM Sarawak.

Oleh Juetila Ozzy

MARUDI, 21 Mei: Pekan Long Lama terputus hubungan apabila jalan-jalan yang menghubungkan pekan tersebut dengan kawasan lain dinaiki air.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Zon Miri Law Poh Kiong berkata pekan tersebuy juga terpaksa diputuskan bekalan elektriknya pada jam 1.30 petang tadi.

Jelasnya, tindakan tersebut adalah sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan berlaku insiden yang tidak diingini.

“Jalan menuju ke Pekan Long Lama tidak dapat dilalui kerana sektor berdekatan Kampung Long Laput dan Steseb Injam SSGP dinaiki air lebih kurang 4 kaki,” katanya.

Setakat jam 2.28 petang tadi didapati trend air semakin menaik.

Pemantauan kini sedang giat dijalankan di lokasi oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Marudi. — DayakDaily