PEBEDAS salurkan bantuan Bakul Makanan kepada yang memerlukan

Brauselton (kiri) menyampaikan bantuan bakul makanan di Kuching.

KUCHING, 23 Julai: Persatuan Belia Dayak Sarawak (PEBEDAS) turut menyalurkan bantuan bakul makanan kepada beberapa keluarga memerlukan susulan pandemik Covid-19.

Jurucakap persatuan itu memberitahu setakat semalam, sebanyak 251 bakul makanan yang mengandungi keperluan asas seperti beras, gula, minyak dan makanan dalam tin telah diperuntukkan di seluruh negeri.

Jelasnya, di Kuching sahaja, sebanyak 56 bantuan bakul makanan disediakan, Sibu sebanyak 52 bakul, Kapit 32 bakul, Miri 25 bakul, Limbang 23 bakul, Sri Aman 18 bakul, Mukah 16 bakul, Sarikei 15 bakul dan Bintulu 14 bakul.


Bantuan tersebut akan diteruskan dalam usaha untuk membantu meringankan beban keluarga yang terjejas.

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi Setiausaha PEBEDAS Kuching, Brauselton di talian 014-8846575. — DayakDaily