PDRM sedia hadapi PRN S’wak dalam norma baharu

Pesuruhjaya Police Sarawak Datuk Aidil Ismail

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Chris Bishop

KUCHING, 17 Nov: Polis Diraja Malaysia(PDRM) kini bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri(PRN) Sarawak yang mungkin akan diadakan pada bila-bila masa.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail, persiapan yang melibatkan siri latihan di dalam norma baharu telah dibuat sejak bulan Jun 2020.


Katanya terdapat beberapa kriteria yang perlu polis biasakan dari segi penjarakan sosial, penggunaan peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan sebagainya.

“Kita juga telah membuat pesanan bagi mendapatkan PPE, penutup muka dan sebagainya untuk anggota-anggota kita yang akan bertugas di barisan hadapan semasa PRN kelak.

“Ini supaya kejadian di Sabah tidak berlaku di sini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak hari ini.

Adi yakin dengan kekuatan yang sedia ada di Sarawak, proses PRN dapat dijalankan dengan sempurna dan selamat.

Tambah beliau, PDRM Sarawak telah mengemukakan bajet ke Bukit Aman untuk diluluskan bagi penyewaan aset-aset PDRM demi memudahkan proses PRN di kawasan pedalaman. – DayakDaily