PBDSB mahu OKU Sarawak diberi jawatan Senator

Kelihatan Bobby (dua dari kanan) semasa melawat atlet OKU di Kuching baru-baru ini. Turut kelihatan Rapelson (kanan).
Advertisement

KUCHING, 27 Sept: Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) mahukan jawatan Senator OKU juga diberikan kepada anak OKU Sarawak.

Menurut presidennya Bobby William, ia selaras dengan hubungan Sarawak sebagai rakan kongsi Malaysia yang setaraf dengan Persekutuan Melayu dan Sabah.

“Dimaklumkan bahawa Professor Doktor Ismail Salleh merupakan Senator OKU penglihatan yang pertama yang dilantik pada tahun 2007.

Advertisement

“Manakala YB Senator Bathmavathi Krishnan merupakan OKU wanita berkerusi roda yang dilantik pada tahun 2016 dan Raus Adiba pula senator wakil OKU yang dilantik pada tahun 2020 dan semuanya dari Malaya.

“Kita mohon juga ada senator wakil OKU dari Sarawak kerana OKU dari Sarawak juga ramai yang berkelayakan” tegas Bobby menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, PBDSB merupakan parti yang menerima dan memberi peluang kepada OKU untuk memimpin.

Justeru katanya, parti mencadangkan Naib Presiden PDBSB Rapelson Richard Hamit sebagai Senator wakil OKU mewakili Sarawak pada masa akan datang.

Bobby juga mencadangkan agar kerajaan negeri Sarawak dan kerajaan persekutuan mewujudkan jawatan penting kepada OKU dalam kerajaan. — DayakDaily

Advertisement