This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 18 Julai: Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) merupakan parti yang paling tepat dalam mengukuhkan perpaduan.
Presidennya Mejar (B) Moses Ripai berkata, PBDS juga sebuah parti yang kukuh bagi menghadapi gelora politik Malaysia.
“Politik Dayak tidak sehaluan kerana pemimpinnya menyertai parti lain.
“Oleh yang demikian adalah sukar untuk menyatupadukan bangsa Dayak,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Justeru, beliau menyeru setiap rakyat dan pemimpin Dayak belajar daripada sejarah yang lepas.
Katanya, perpecahan Dayak hanya menguntungkan segelintir pihak yang ingin mengekalkan kuasa.
“Jika kita tidak Bersatu, politik Dayak akan hilang,” kata Moses. — DayakDaily