Patah tangan akibat dikejar memerang

Mangsa diberikan bantuan kecemasan di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke klinik berdekatan.

ASAJAYA 27 Mac: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri patah tulang tangan kanan akibat dikejar memerang ketika bermain di tepi sungai di Kampung Beliong pada petang Khamis lepas.

Jurucakap Angkatan Pertahann Awam Malaysia (APM) Asajaya berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan tersebut dan beberapa anggotanya terus ke lokasi kejadian.

“APM Asajaya terpaksa menggunakan bot penduduk kampung untuk ke lokasi ini kerana Kampung Beliong perlu merentasi sungai.


“Setiba dilokasi APM Asajaya telah melakukan rawatan awal dan menghantar mangsa ke klinik yang berdekatan iaitu di Klinik Kesihatan Asajaya untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, mujur tindakan awal diambil agar boleh mengelak pelbagai kemungkinan yang berlaku.

“Tidak kira dimana sekalipun anda berada, kami boleh membantu anda yang dalam kecemasan,” katanya.

Untuk mendapatkan bantuan kecemasan daripada APM, boleh menghubungi talian kecemasan 082-827091 atau talian 999. -DayakDaily