Empat dikhuatiri sesat ketika lakukan aktiviti redah hutan

Fire and Rescue Department Malaysia/ Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia logo

BINTULU, 27 Mac: Empat individu dikhuatiri tersesat ketika melakukan aktiviti meredah hutan (jungle treking) dekat laluan hutan Chung Hua di sini pagi tadi

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, laporan berkenaan kejadian terbabit diterima daripada Kawalan Bomba Bintulu sekitar jam 11.50 pagi tadi.

“Kawalan Bintulu maklumkan terima laporan terdapat mangsa telah sesat ketika melakukan aktiviti meredah hutan dekat kawasan Chung Hua Jungle Trekking .


“Maklumat awal yang kita perolehi mengatakan mangsa dipercayai seramai empat orang wanita,” katanya menerusi satu kenyataan.

Katanya, satu pasukan dengan lapan anggota serta satu unit EMRS telah bergerak ke lokasi kejadian bagi melaksanakan usaha mengesan keempat mangsa terbabit. -DayakDaily