Pasukan bomba selamatkan wanita cedera di Gunung Santubong

Anggota bomba membantu mangsa.

Oleh Dean Adam

KUCHING, Jan 11: Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya berjaya membantu membawa keluar seorang mangsa yang terkandas semasa mendaki Gunung Santubong di sini lewat petang tadi.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.10 petang.


Katanya, sepasukan enam anggota bomba kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi menyelamat.

“Apabila tiba, pasukan bomba mendapati seorang wanita dalam keadaan cedera pada kakinya.

“Pasukan bomba kemudian memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum membawa dia turun ke kaki gunung tersebut,” katanya di sini hari.

Jurucakap sama memberitahu, operasi menyelamat itu tamat sepenuhnya selepas mangsa berjaya dibawa keluar dari gunung berkenaan. — DayakDaily