Pasukan bomba keluar dari kawasan terbakar elak daripada terperangkap

Advertisement

Oleh Dean Adam

MIRI, April 16: Pasukan bomba dan penyelamat Miri akan menggunakan kaedah ‘High Performance Pump Module’ (HPPM) bagi mengawal kebakaran terbuka di sebuah ladang di Kuala Baram di sini malam ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, pihaknya akan membuat ‘total flooding’ setelah menemui kolam air 800 meter dari lokasi kebakaran.

Advertisement

Katanya, sebelum itu, kebakaran gagal dikawal walaupun telah diadakan ‘fire break’

“Tiga ‘fire break’ ditimbusi api kerana angin kencang dan parit kering. Keluasan ladang yang terbakar sejak semalam adalah dari 70 hektar meningkat ke 100 hektar.

“Pihak bomba juga telah mencuba guna ‘water bombing’ sebanyak 15 kali mulai jam 2 petang hingga 4.30 petang, namun gagal disebabkan kebakaran melibatkan tanah gambut,” katanya di sini hari ini.

Pasukan bomba keluar dari kawasan terbakar untuk elak daripada terperangkap.

Law menambah, tindakan yang akan dilaksanakan esok adalah dengan menggunakan tiga teknik seperti ‘direct attack, total flooding dan water bombing’.

“Pasukan bomba terpaksa keluar dari ladang yang terbakar elak dari terperangkap pada 2 petang tadi.

“Maklumat lanjut akan dikemaskini dari masa ke semasa,” katanya. — DayakDaily

Advertisement