Lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai

Keadaan di lokasi kejadian.

Oleh Dean Adam

DALAT, April 16: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Kampung Bakong Oya di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu mengakibatkan mangsa, Seruji Salleh, 72, gagal dikesan setakat pukul 7 malam ini.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, bilik kawalan bomba Mukah dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 5.05 petang.

Katanya, anak saudara mangsa memaklumkan bapa saudaranya telah hilang di tepi sungai.

“Manakala seluar dan selipar mangsa masih berada di atas jeti di lokasi terakhir mangsa kelihatan,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, pihak bomba telah bergerak ke lokasi kejadian bagi mengesahkan maklumat berkenaan.

“Setakat pukul 7 malam tadi, mangsa masih belum ditemui.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa akan disambung semula esok,” ujarnya. — DayakDaily