Pasangan suami isteri ditemu maut di dalam rumah dengan kesan tembakan pada badan

PDRM logo

Brad Rantayy

MIRI, 21 Sept: Mayat pasangan suami isteri ditemui berlumuran darah dangan kesan tembakan pada badan mereka ditemui awal pagi tadi di sebuah rumah di Kampung Beraya Bekenu.

Lelaki tersebut berusia 60 tahun dan isterinya seorang warga Indonesia berusia 40 tahun itu ditemui mati dengan kesan luka di dada dan rusuk kiri di dalam bilik tidur mereka di Kampung Beraya sekitar jam 7 pagi tadi.

Susulan kejadian, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Miri dan anggota dari Balai Polis Bekenu telah bergegas ke lokasi sebail menerima laporan penemuan mayat pasangan tersebut.

Difahamkan, penemuan mayat pasangan itu dilakukan adik lelaki mangsa yang terdengar tangisan anak si mati pada awal pagi tadi.

Berasa curiga dengan tangisan itu, beliau telah berlari ke arah rumah abangnya yang terletak berhampiran, namun pintu utama berkunci.

Beliau telah cuba memanggil abangnya dari luar untuk membuka pintu ,namun tiada tindak balas.

Dia kemudiannya meninjau melalui cermin tingkap bilik pansangan tersebut, dan terlihat kedua-duanya sudah meninggal dengan kesan tembak pada badan.

Selaras senapang patah di turut ditemui di atas dada mangsa lelaki.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari mayat pasangan tersebut telah dibawa ke bilik mayat Hospital Miri untuk proses bedah siasat.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca dan bagaimana kejadian boleh berlaku,” ujarnya ketika dihubungi.

Mes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan. — DayakDaily