Para Sukma 2024: Tiga beradik sumbang emas, perak dan gangsa buat Sarawak

Donny tengah bersama Julius (kiri) dan Stanley (kanan) di Pusat Akuatik Pandalela Rinong. Foto: TVS
Advertisement

KUCHING, 23 Sep: Atlet para renang Sarawak Donny Jaranding didekasikan pingat emas buat keluarga.

Donny dalam penampilan terakhir Para Sukma kali ini meraih emas dalam acara 100m gaya bebas lelaki S13.

Manakala dua adik Donny, Julius dan Stanley pula meraih pingat perak serta gangsa dalam acara 100m gaya bebas lelaki S12.

Advertisement

Ketika ditemui di Pusat Akuatik Pandalela Rinong hari ini, Donny berkata beliau berbangga kerana menyumbang pingat emas untuk Sarawak.

“Ini adalah kejohanan terakhir saya. Terima kasih kepada jurulatih, ahli keluarga dan rakan yang memberi sokongan kepada kami tiga beradik selama ini.

“Saya tidak menjangka mampu meraih pingat emas.

“Kami adik-beradik akan terus buat yang terbaik untuk Sarawak,” kata Donny. — DayakDaily

Advertisement