Oleh Chris Bishop
KUCHING, 23 Sep: Sarawak memperolehi pingat emas pertama Para Sukan Malaysia (Sukma) 2024 menerusi Richard Bada dalam acara lempar cakera lelaki F41 (1.0kg) pagi ini.
Berlangsung di Stadium Sarawak di Petra Jaya, Richard melakukan lemparan emas sejauh 25.53 meter.
Lebih manis, pingat perak dan gangsa turut dimenangi atlet Sarawak menerusi Teckman Mary dan Abdullah Syawal Majarol.
Teckman mencatatkan lemparan sejauh 20.57 meter, manakala Abdullah sejauh 17.55 meter. — DayakDaily
Advertisement