Pak Wok’s Kitchen berkembang bersama GrabFood-FoodPanda

Berdiri tiga dari kiri - Akma dan ibu di Pak Wok's Kitchen di Batu 9.
Advertisement

KUCHING, 4 Sept: Pak Wok’s Kitchen terus berkembang seiring dengan populariti perkhidmatan penghantaran makanan GrabFood dan FoodPanda.

Terletak di simpang perumahan di Batu 9 Jalan Kuching-Serian, dapur dengan pelbagai masakan ini sudah beroperasi lebih 10 tahun yang lepas.

Ia menyediakan hidangan sarapan pagi, makan tengahari dan petang kepada penduduk sekitar.

Advertisement

Bagi pelanggan ‘dine-in’ di Pak Wok’s Kitchen, kemunculan penghantar makanan yang tidak putus-putus adalah satu kebiasaan.

Menurut pengusahanya Akma Jain, kebiasaan tempahan dari perkhidmatan penghantaran makanan adalah untuk Nasi Ayam Pak Wok dan Nasi Ayam Penyet.

Pekerja membungkus Nasi Ayam Penyet untuk diambil oleh penghantar makanan.

“Inilah dua makanan signature kita yang sangat popular ditempah menerusi GrabFood dan FoodPanda.

“Secara purata dalam sehari lebih daripada 30 penghantar makanan akan datang untuk mengambil tempahan pelanggan.

“Dan pada hari atau minggu gaji, tempahan melalui perkhidmatan ini meningkat daripada hari biasa,” kata Akma.

Nasi Ayam Pak Wok dan Nasi Ayam Penyet masing-masing dijual dengan harga RM6 dan RM10.

Selain itu jelas beliau, menu lain termasuk lauk pauk yang disediakan turut mendapat tempahan menerusi perkhidmatan penghantaran.

Bagi hidangan makan tengahari, Pak Wok’s Kitchen menyediakan masakan daging, ikan, ayam dan sayuran termasuk ulam-ulaman bersama sambal belacan.

Bagi sarapan pagi pula, ia menyediakan pelbagai jenis mee serta bakso daging.

Dan yang paling istimewa kata Akma, nasi lemak bungkus RM1 juga boleh dinikmati seawal jam 6.30 pagi di Pak Wok’s Kitchen.

“Nasi lemak ini dibuat sendiri oleh ibu saya Mah Rabaiee seawal jam 5 pagi.

“Setiap hari ibu menyediakan lebih kurang 200 bungkus nasi lemak, ia popular dan sentiasa habis,” kata Akma.

Pak Wok’s Kitchen diusahakan oleh Jain Saini (bapa Akma) yang merupakan pesara tentera dan berasal dari Saribas. — DayakDaily

Advertisement