SRI AMAN, 14 Jun: Seorang lelaki maut selepas Mitsubishi Pajero dipandunya terbabas lalu terbalik di Kampung Gran E, Stumbin di sini sekitar jam 7.12 malam Isnin.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mangsa berusia 51 tahun itu dikatakan tersepit di tempat duduk pemandu sehingga menyebabkan kecederaan parah.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia selepas diperiksa pegawai perubagan yang hadir di lokasi kejadian.
“Setelah sampai di lokasi, didapati seorang manga iaitu pemandu kenderaan tersebut tersepit di bahagian tangan dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi.
“Pasukan bomba membuat tindakan mengeluarkan manga dan dibantu oleh orang awam mengangkat kereta yang menimpa mangsa menggunakan ‘winch’ kenderaan untuk menstabilkan kenderaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mayat mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.56 malam. — DayakDaily