Padah tawar khidmat seks di pusat refleksologi, tiga wanita dicekup

Antara wanita warga asing yang ditahan di pusat refleksologi.

Oleh Dean Adam

KUCHING, Dis 1: Padah menawarkan khidmat seks di pusat refleksologi, tiga wanita warga asing dicekup polis di Jalan Tun Jugah di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, SAC Denis Leong, berkata ketiga-tiga suspek yang ditahan berusia antara 27 hingga 47 tahun.


Jelasnya, kejayaan serbuan oleh anggota polis dari Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) JSJ Sarawak itu merupakan hasil maklumat dan risikan yang dilakukan sebelum ini.

“Siasatan mendapati wanita berkenaan menawarkan perkhidmatan tambahan selain mengurut badan.

“Suspek juga didapati menawarkan khidmat seks dengan kadar sehingga RM300 untuk setiap perkhidmatan kepada pelanggan mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Denis menambah, selain itu, ada juga dalam kalangan mereka menawarkan perkhidmatan seks menerusi aplikasi media sosial.

“Mereka kemudian dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.