Padah miliki wang palsu RM4,000, seorang tentera dihadap di mahkamah

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen Sibu.
Advertisement

Oleh Dean Adam

SIBU, Feb 21: Akibat memiliki wang palsu berjumlah RM4,000, seorang anggota tentera dihadap di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut selepas memiliki 55 keping wang tunai di Maybank Jalan Kampung Nyabor pada Februari 12 lalu.

Advertisement

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh yang berusia 28 tahun selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Rendah, Romme Ahmad Zaidi.

Seterusnya, mahkamah sama menetapkan sebutan semula kes tersebut pada Februari 26 depan.

Mahkamah sama juga membenarkan anggota tentera itu bebas dengan ikat jamin RM2,000 dengan dua orang penjamin.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah ditahan pada Februari 16 lepas. — DayakDaily

Advertisement