Padah merosakkan tombol pintu bilik bapa saudara, pemuda ditahan polis

Suspek (tiga dari kiri) ditahan JSJ Miri pagi tadi. (Ogos 19, 2021)

Brad Rantayy

MIRI, 19 Ogos: Padah merosakkan tombol pintu bilik bapa saudaranya di sebuah rumah di Jalan R. T. M Pujut, seorang pemuda ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, ini bukan kejadian pertama dilakukan suspek terhadap mangsa.


Hasil siasatan lanjut mendapati sebelum ini, kejadian serupa juga pernah berlaku.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku awal bulan ini, pengadu yang berusia 67 menjalankan perniagaan kedai kopi telah mendapati tombol pintu biliknya dirosakkan sebaik pulang ke rumah sekitar jam 8 malam pada 7 Ogos.

Sejak itu, suspects berusia 27 tahun itu tidak lagi kelihatan di dalam rumah tersebut, sehinggalah ditahan pada padi Khamis (19 Ogos) sekitar jam 11 pagi di sebuah rumah di Pujut 3.

Tangkapan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ ) IPD Miri.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari, kes disiasat memgikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

PUnca kejadian masih dalam siasatan. ā€” DayakDaily