Libas parang depan balai polis, pemuda ditahan

Polis menahan suspek (empat dari kiri) ditahan untuk tindakan lanjut.

MIRI, 17 Julai : Polis menahan seorang lelaki warga tempatan petang Jumaat kerana melibas sebilah parang sepanjang 50cm ke arah seorang anggota polis di perkarangan Balai Polis Lutong.

Dalam kejadian kira 3.15 petang itu, sebuah motorsikal dan kereta jenis Honda Civic telah dirosakkan, sementara seorang anggota polis hampir terkena libasan parang suspek.

Insiden itu telah menyebabkan beberapa orang awam yang berada di kawasan perkarangan Balai Polis Lutong untuk mendapatkan permit rentas daerah ketakutan.


Difahamkan suspek menghampiri perkarangan Balai Polis Lutong dengan menaiki sebuah basikal sambil melibas sebilah parang sebelum merosakan motorsikal dan sebuah kereta berhampiran.

Suspek kemudian melarikan diri sebaik sahaja melihat seorang anggota polis hendak menangkapnya.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Hakemal Hawari berkata, suspek berusia 29 tahun itu telah ditahan bersama sebilah parang bagi membantu siasatan.

Tangkapan dilakukan kurang tiga jam selepas kejadian dilaporkan.

Seorang anggota JSJ Miri dilaporkan cedera semasa tangkapan akibat dilibas suspek.

“Suspek ditahan di tepi jalan berhampiran sebuah bangunan pusat pemulihan dalam komuniti di Lutong sekitar jam 6.18 petang,” kata Hakemal.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307, Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.ā€” DayakDaily