Padah dera anak angkat, seorang wanita diberkas

Suspek yang ditahan polis.

Oleh Dean Adam

BAU, April 18: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau menahan seorang wanita yang disyaki mendera anak angkatnya di Kampung Bogag di sini semalam.

Suspek berusia 25 tahun itu diberkas sepasukan anggota polis di kampung berkenaan kira-kira pukul 4.50 petang.


Ketua Polis Daerah Bau, Dsp Poge Nyaon berkata, perbuatan suspek yang mendera kanak-kanak berusia 6 tahun itu terbongkar selepas dia menjalani pemeriksaan dan suntikan vaksin di sebuah sekolah rendah di sini.

Katanya, petugas perubatan kemudian mengesan terdapat luka baru dan luka lama di bahagian anggota badan mangsa.

“Petugas perubatan itu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Poge menambah, susulan laporan polis itu, suspek kemudian ditahan untuk membantu siasatan.

“Suspek akan ditahan reman bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya. — DayakDaily