Ops Libas: Batalion 11 PGA rampas 418 karton rokok haram bernilai RM75,240

Kelihatan rokok pelbagai jenama yang dirampas.

SERIAN, Sept 24: Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas 418 karton rokok haram pelbagai jenama menerusi Operasi Libas di sini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 3 petang itu, anggota PGA berjaya menyerbu sebuah premis yang dipercayai menyimpan rokok haram berkenaan.

Pegawai Pemerintah Supt Rosdi Inai berkata, kejayaan serbuan dan rampasan itu adalah hasil risikan dan maklumat awam.


Katanya, siasatan awal mendapati kesemua rokok itu diseludup masuk dari negara jiran untuk dipasarkan untuk pasaran tempatan.

“Anggaran rampasan rokok itu dianggarkan sebanyak RM75,240,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, suspek berjaya melarikan diri selepas menyedari kehadiran pasukan PGA.

“Kes ini masih lagi dalam proses siasatan,” katanya. — DayakDaily