Ops Jala bakal diperluas merangkumi sektor perladangan

Mohamad Morshidi menunjukkan statistik tangkapan Pati semasa Ops Jala dilakukan.

KUCHING, 27 Jan: Beberapa individu dikesan bertindak sebagai ejen yang bertanggungjawab menguruskan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) ke Sarawak sebelum dihantar ke majikan tempatan.

Timbalan Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri, Datuk Mohamad Morshidi Mustapha berkata, menurut maklumat yang diperolehi Jawatankusa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC), peningkatan penularan Covid-19 di Sarawak sebahagiannya berpunca daripada Pati yang dibawa masuk oleh ejen-ejen terbabit.

Justeru katanya, berdasarkan maklumat tersebut, SDMC mengambil keputusan untuk melaksakan operasi penguatkuasaan dan pembanterasan Pati termasuk pihak yang melindungi serta memberikan perkejaan kepada Pati terbabit.


“Pada ketika ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telahpun menahan beberapa individu yang terlibat menjadi tekong darat atau ejen bagi pendatang asing tanpa izin ini dan ada antaranya telah pun didakwa di mahkamah dan pihak PDRM mempunyai statistik berhubung perkara tersebut,” katanya pada sidang media Ops Jala di Bangunan Baitulmakmur II, Petrajaya di sini hari ini.

Beliau berkata, ketika ini fokus operasi adalah tertumpu di tapak pembinaan dan kopitiam di sekitar bahagian Kuching sebelum diperluaskan ke bahagian lain di negeri ini.

Tambah beliau, pada masa akan datang, operasi sama akan turut diperluas ke kawasan ladang memqandangkan sektor terbabit juga dikesan mengaji perkerja asing yang terdiri daripada golongan Pati.

“kita telahpun mengenalpasti ladang-ladang yang terlibat dalam mengaji perkerja asing daripada Pati ini dan kita akan melakukan operasi berkaitan pada masa yang akan ditentukan kelak.

“Secara dasarnya, operasi yang kita lakukan menerusi Ops Jala ini adalah berkait dengan pencegahan Covid-19 dalam kalangan Pati kerana Jabatan Imigresen ada operasinya sendiri untuk mengecegah kemasukan Pati ini iaitu Ops Sapu,” katanya,

Mohamad Morshidi berkata, operasi pembenterasan tersebut akan dilakukan secara berperingkat dan berterusan sehingga lekuk penularan Covid-19 di Sarawak dapat diratakan.

Ini kerana, tegas beliau, Ops Jala yang mula dilancarkan pada 20 Januari lepas merupakan operasi berkaitan penguatkuasaan dan pembenterasan berkaitan Covid-19 di kalangan Pati. — DayakDaily