KUCHING, 11 Ogos: Operasi pelepasan air dari Empangan Bakun secara terkawal yang bermula 12 Julai sehingga 8 Ogos lepas akan dilanjutkan oleh Sarawak Energy Berhad selama dua minggu lagi mulai hari ini.
Menurut notis yang dikeluarkan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), operasi tersebut akan dilanjutkan bermula 9 Ogos (hari ini) sehingga 22 Ogos.
“Tujuan operasi pelepasan air dari Empangan Bakun secara terkawal ini adalah untuk membolehkan penurunan air di dalam Empangan Bakun ke paras yang selamat,” menurut notis LSS disiarkannya di laman Facebooknya.
Lembaga itu menjangkakan sepanjang tempoh operasi tersebut, paras air di sebelah hilir empangan akan mengalami peningkatan secara ketara.
“Semua pihak yang terlibat iaitu nakhoda kapal dan penguna sungai di hilir Empangan Bakun adalah dinasihatkan mengambil tindakan awal dari aspek keselamatan semasa belayar, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” menurut LSS.
Orang ramai yang mahu maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan 24 jam Sarawak Energy Berhad di talian 1 300 88 3111. ā DayakDaily