Operasi Kuari Serembu Harus Di Pantau Secara Serius – Miro


Pihak kementerian dan penguatkuasa tempatan yang berkaitan diharapkan untuk memantau operasi syarikat kuari yang sedang dijalankan dalam  Dewan Undangan Negeri (DUN) Serembu dengan lebih serius.
ADUN Serembu, Miro Simuh berkata sedemikian semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 yang sedang berlangsung hari ini.
Tambah beliau, bukan sahaja operasi yang dijalankan di kuari tersebut membawa kerosakan pada jalan raya, malah ia juga menyumbang kepada pencemaran bunyi dan debu.
Menurut sebuah akhbar tempatan pada 29 April, pihak Kerajaan Negeri telah mengeluarkan surat untuk memberhentikan operasi disalah satu kuari di Taman Negara Dered Krian, yang terletak kira – kira 10 km dari pekan Bau.