Pengetahuan Dalam Kepelbagaian Biologi dan Budaya Satu Kelebihan Bagi Masyarakat Kayan – Ketua Menteri

Ketua Menteri merasmikan Pesta Lunau Kayan 2017.

Anak – anak muda kaum Kayan harus menggunakan pengetahuan dan budaya mereka sebagai satu kelebihan untuk merebut peluang dalam plan pembangunan negeri yang memfokuskan kepada ekonomi digital.

Ketua Menteri Sarawak,Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg mengatakan sepertimana kaum Orang Ulu, masyarakat Kayan mempunyai pengetahuan yang meluas dalam bidang kepelbagaian biologi serta kaya dari segi budaya.

Beliau berkata demikian semasa pelancaran Pesta Lunau Kayan yang telah diadakan di Kuching baru – baru ini.


Rancangan untuk menubuhkan Agensi Pembangunan Tanah Tinggi(HDA) dibawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) juga dilihat sebagai landasan untuk menaiktaraf ekonomi masyarakat yang tinggal di kawasan tanah tinggi.

“Highland Development Agency akan memfokuskan kepada sektor pelancongan serta pertanian moden di kawasan tanah tinggi. Kita akan memastikan masyarakat di kawasan tersebut dapat menyertai plan pembangunan tersebut serta mendidik masyarakat untuk menjadi usahawan moden yang menggunakan teknologi maklumat,” jelas beliau.