Op Tapis Khas: 39 ditangkap, 2 disyaki tokan dadah di Lawas

File Photo/Photo source: Wikimedia Commons
Advertisement

LAWAS, 3 Ogos: Seramai 39 orang ditangkap, termasuk dua disyaki tokan dadah dalam Operasi Tapis Khas Daerah Lawas pada 28 Julai hingga 1 Ogos baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata pasukan operasi telah menjalankan 77 pemeriksaan melibatkan tujuh buah kampung dan dua kawasan awam.

“Hasil operasi seramai 39 orang iaitu 36 lekaki dan tiga wanita berusia 23 hingga 52 tahun ditangkap atas pelbagai kesalahan melibatkan dadah.

Advertisement

“Kategori kesalahan adalah dua orang disyaki tokan dadah, 31 orang penagih dan enam lagi lain-lain kesalahan berkaitan dadah,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, sebanyak 88.75 gram dadah jenis syabu, 3.7 gram dadah jenis ganja dan 0.64 gram dadah ketamin bernilai dianggarkan RM10,001 dirampas.

“Jumlah dadah yang dirampas jni dipercayai boleh digunakan oleh 500 orang penagih dadah,” katanya.

Polis khususnya Jabatan Narkotik Siasatan Jenayah akan terus membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

“Polis berharap masyatakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan dadah yang berlaku di sekeliling mereka,” katanya.

Maklumat boleh disalurkan terus ke talian hotline JSJN Sarawak 012-2087222. — DayakDaily

Advertisement