Op Selamat 22/2024 catat 7 kematian

Dato Mancha Ata
Advertisement

KUCHING, 16 April: Sebanyak 7 kes kemalangan maut direkodkan selama 6 hari pelaksanaan Op Selamat 22/2024 yang bermula 8 hingga 13 April lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, ia melibatkan 4 pengguna motokar dan 3 pengguna motosikal.

“Jumlah kematian menurun daripada 8 kematian pada tahun 2023 kepada 7 kematian pada Op Selamat 22/2024,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Tambah Mancha, Op Selamat 22/2024 sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri itu merekodkan jumlah 354 kes kemalangan jalanraya.

Katanya, jumlah ini telah menunjukkan peningkatan iaitu dari sejumlah 325 kes pada Op Selamat 20/2023.

“Sementara itu, sebanyak 8,804 saman dikenakan kepada pengguna jalanraya atas pelbagai kesalahan lalulintas pada Op Selamat 22/2024 kali ini.

“Iaitu meningkat sebanyak 491.7 peratus atau 7,316 saman berbanding Op Selamat tahun lalu,” ujar Mancha. — DayakDaily

Advertisement