Notis gangguan bekalan air paip di Sematan esok

Air yang melimpah atas permukaan Jalan Utama Oya-Mukah akibat kebocoran paip yang disiarkan di laman Facebook JBALB Sarawak.

KUCHING, Jan 28: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak meminta penduduk di seluruh kawasan Sematan untuk bersedia menghadapi masalah gangguan bekalan air paip selama dua jam esok.

Dalam kenyataan jabatan terbabit di laman Facebook JBALB Sarawak hari ini, gangguan air tersebut berlaku kerana membersihkan telaga ‘intake’ di Loji Rawatan Air Sematan yang akan bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengahari esok.

“Kerja-kerja pembersihan telaga ‘intake’ di Loji Rawatan Air Sematan setelah didapati tersumbat akibat kehadiran pasir dan kelodak di Sungai Sebat Besar, Sematan,” menurut kenyataan JBALB Sarawak itu.


JBALB Sarawak sehubungan itu meminta pengguna di kawasan Sematan untuk bersedia dengan menyimpan air yang mencukupi bagi kegunaan seharian mereka esok.

Selain itu jabatan terbabit dilaman Facebooknya juga mengumumkan akan berlaku gangguan bekalan air di sepanjang Jalan Utama Oya-Mukah di bahagian Mukah pada Januari 30 depan dari jam 8 pagi sehingga 5 petang.

Ini bagi menjalankan kerja baikpulih kebocoran paip di Jalan Utama Oya-Mukah dengan kerja terbabit juga akan menyebabkan jalan tersebut terpaksa ditutup bagi lalulintas kenderaan. — DayakDaily