This Content Is Only For Subscribers
Oleh Chris Bishop
KUCHING, 21 Jun: Kerajaan akan mempertimbang untuk memasukkan Niti Daun Gawai Dayak di dalam kalendar pelancongan Negeri, kata Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Bagi memastikan ia disenarai, katanya, Niti Daun harus diadakan pada setiap tahun.
“Seperti kebiasaannya, jika acara itu pertama kali diadakan, ia tidak secara otomatik diterima.
“Walau bagaimanapun, kita akan menilai kerana takut ia tidak diadakan pada tahun depan.
“Untuk dimasukkan dalam kalendar pelancongan Negeri, ia hendaklah diadakan setiap tahun dan diyakini mampu menarik pelancong datang,” kata Abdul Karim.
Beliau berkata demikian pada sidang media selesai Mesyuarat Sambutan Hari Belia 2023 di Bangunan Baitulmakmur di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Karim mengakui Niti Daun 2023 yang diadakan pada 17 Jun di Tebingan Kuching cukup meriah.
Selain masyarakat tempatan, perarakan yang turut diadakan sempena sambutan ’60 Tahun Sarawak Merdeka’ itu juga menarik minat pengunjung asing.
Perarakan sejauh sekitar 1.2 kilometer itu disertai lebih 3,000 peserta dan melibatkan lebih dari 90 kontinjen. — DayakDaily