Nerissa dinobat Ratu Bilanting 2019

Ratu Bilanting 2019, Nerissa Geoffrey(duduk) bersama empat peserta terbaik pertandingan.

SERIAN, SEPTEMBER 14: Gelaran Ratu Bilanting 2019 Ke-9 dinobatkan kepada Nerissa Geoffrey, 21, gadis berasal dari Kampung Sorak Dayak, Serian.

Dengan gelaran tersebut, beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 berserta piala, hamper dan sijil.

Selain itu, Nerissa juga meraih gelaran sampingan Miss Popular mengalahkan sembilan peserta peringkat akhir yang lain.

Pertandingan itu diadakan sempena dengan Cabaran Rakit Serian 2019 dan berlangsung di Balai Raya Kampung Tebekang Dayak, Serian malam Jumaat lepas.

Sementara itu, Justinie Magdelineni John, 28, dari Kampung Tebekang yang berada di tempat kedua meraih RM1,000 berserta piala dan sijil.

Peserta-peserta peringkat akhir Pertandingan Ratu Belanting 2019.

Nooraini Hamdan, 19, pemenang di tempat ketiga pula membawa pulang RM750 berserta piala dan sijil.

Beliau yang berasal dari Kampung Tebedu Mawang juga meraih gelaran sampingan Miss Photogenic. 

Gelaran sampingan Miss Talent 2019 dimenangi oleh Ilin Soniati Dawit ,24, dari Kampung Koran Mawang.

Pemenang-pemenang gelaran sampingan meraih hadiah wang tunai RM400 berserta piala dan sijil. 

Hadiah disampaikan oleh isteri Ahli Parlimen Serian, Datin  Mincha Kayen.

Hadir sama Ahli Parlimen Serian Dato Sri Richard Riot dan Setiausaha Majlis Daerah Serian Constantine Noeb. — DayakDaily