KUCHING, Jun 6: Menteri Muda Pembangunan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais percaya Penjana boleh mempertingkatkan sosio ekonomi negara dan negeri.
Katanya, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mampu memulihkan ekonomi negara seperti sedia kala.
“Kalau tidak sepenuhnya, sekurang-kurangnya majoriti komponen rantaian pembekalan perniagaan boleh bergerak dan hidup semula .
“Dengan kata lain, dengan bantuan kewanganĀ sama ada dari segi geran, “one off” gaji, subsidi sewa , pinjaman untuk gaji , modal yang bertambah selepas bantuan yang lalu, maka kebanyakan peniaga berupaya memulakan perniagaan dan pekerja boleh mula turun kerja,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Tambah Naroden, apabila pekerja mula bekerja, mereka akan mendapat gaji bulanan sekaligus merancakkan aktiviti ekonomi negara dan negeri.
Justeru tambah beliau, Muhyiddin berupaya membuat tindakan dengan memperolehi wang yang begitu banyak untuk kebajikan rakyat seluruh negara dalam masa tidak sampai tiga bulan selepas mengambil alih kerajaan.
“Tempoh tiga bulan adalah masa yang amat singkat dan ada segelintir merasa ia skeptikal .
Namun kepimpinan negara dibawah Muhyiddin dan Kerajaani Negeri Sarawak dibawah Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah berjaya mengambil tindakan yang agak luar biasa , terutama apabila kita dalam keadaan luar biasa sejak pandemik Covid-19 menyerang,” katanya.-DayakDaily