Nanta gesa pemimpin dan agensi bertanggungjawab peka terhadap projek lambat siap

Nanta semasa lawatan ke projek pembaikan cerun IPD Kapit.
Advertisement

KUCHING, 30 Sep: Sebarang projek infrastruktur yang lambat disiapkan bukan sahaja menyusahkan rakyat, malah boleh merisikokan keselamatan.

Justeru Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi mahu setiap pemimpin dan agensi bertanggungjawab sentiasa peka kepada situasi ini.

“Saya rasa berdosa kepada rakyat kalau ada projek infrastruktur rakyat yang lambat disiapkan.

Advertisement

“Dalam dunia komunikasi moden serba maju dan pantas, tidak ada alasan untuk kita berkata tidak tahu masalah rakyat.

“Aduan sekarang boleh disalur di pelbagai medium – email, telefon, Whatsapp mahupun di TikTok.

“Kalau sudah masuk TikTok, memang kena ketuk,” katanya di Majlis Penyerahan Projek Siap Bagi Projek Pembaikan Cerun Di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit hari ini.

Sementara itu, Nanta memuji usaha syarikat kontraktor yang telah menyiapkan projek tersebut lebih awal dari tarikh siap.

Projek yang melibatkan kos RM1.4 juta dilaksanakan selepas runtuhan cerun yang berlaku pada awal Mac 2020 akibat hujan lebat yang berterusan. — DayakDaily

Advertisement