MUIS melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri

Abang Johari (tengah) menerima kunjungan hormat daripada MUIS di Wisma Bapa Malaysia.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, April 8: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini menerima kunjungan hormat daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Kunjungan hormat telah diketuai Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Aidi Moktar dan Ahli Majlis Tertinggi MUIS.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk perkongsian ilmu dan pengetahuan tentang pengurusan dan pentadbiran hal ehwal agama Islam di Sarawak.


Turut serta bersama rombongan Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta Yang Di-Pertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha. — DayakDaily