MPP lancar Bulan Kebersihan Bandaraya Kuching sepanjang Julai

Tan Kai (dua dari kiri) melancarkan Bulan Kebersihan Bandaraya Kuching MPP.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 1 Julai: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) hari ini melancarkan Bulan Kebersihan Bandaraya Kuching Peringkat MPP di Tebingan Sungai Batu Kawah.

Pengerusi MPP Tan Kai berkata, inisiatif tersebut melibatkan program kitar semula, kelestarian alam sekitar dan kesedaran kesihatan.

Advertisement

“Program Bulan Kebersihan ini mensasar untuk menjadikan kawasan MPP sebagai satu kawasan yang bersih, sihat dan selamat,” katanya di majlis pelancaran.

Menurut Tan Kai, pelbagai program telah diatur di sepanjang bulan Julai bagi menyokong inisiatif tersebut.

Antaranya ialah hari tanpa beg plastik dan pembungkus ‘styrofoam’, kempen beli balik barangan kitar semula dan program kelestarian alam sekitar di Kampung Beradek.

Tambah beliau, selain memberi fokus kepada komuniti setempat, program kebersihan juga melibatkan komuniti peniaga di sekitar kawasan MPP. — DayakDaily

Advertisement