MPP ganti paip HDPE lama di Jalan Cinle, Padawan

Kelihatan Lo ketika ditemui pada lawatan ke tapak projek.

KUCHING, 8 Mac: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) kini sedang melaksanakan projek pemasangan saluran paip baharu High Density Polyethylene Pipe (HDPE) sepanjang 3.5km di Jalan Cinle, Kota Padawan.

Menurut Pengerusi MPP Lo Khere Chiang, ia dilaksanakan oleh Lembaga Air Kuching (LAK) bagi menukar paip lama jenis ‘galvanished iron’ yang sering mendatangkan masalah kepada penduduk di sekitarnya.

“Projek telahpun bermula dan akan dilaksanakan dalam tempoh empat bulan.


“Ia bakal memberi manfaat kepada lebih 500 keluarga yang tinggal di kawasan ini,” katanya ketika ditemui semasa lawatan ke tapak projek hari ini.

Tambah Lo yang juga Adun Batu Kitang, kos projek ialah RM650,000 dan dijangka siap sepenuhnya pada 31 Mei 2021. — DayakDaily