MPKS akan bekerjasama dengan wakil rakyat membaik pulih lebih banyak rumah usang penduduk miskin

Peter (dua dari kiri) dan Rubiah (kiri) melihat kios penjaja berkuasa solar yang diserahkan kepada penduduk miskin di Kota Samarahan di Perpustakaan MPKS, di Kota Samarahan.
Advertisement

KOTA SAMARAHAN, Jan 31: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) berazam terus bekerjasama dengan wakil rakyat di Kota Samarahan bagi membaikpulih lebih banyak rumah usang penduduk miskin kawasan pentadbirannya tahun ini.

Pengerusi MPKS, Datuk Peter Minos berkata kos membaikpulih setiap rumah terbabit adalah antara RM10,000 hingga RM15,000 dan pihaknya mengalukan wakil rakyat tempatan membantu mencari sumbangan dana menjalankan kerja terbabit selain mengunakan sumbangan dana dari kerajaan.

“MPKS menyokong penuhlah apa sahaja Ahli Parlimen atau wakil rakyat (di Kota Samarahan) dapat berikan (bagi menambah dana tersebut) samada melalui MBKS atau terus langsung dan kami mengucapkan berbanyak terima kasih ,” katanya ketika menghadiri Majlis Penyerahan Kios Penjaja Berkuasa Solar Fasa 1 di Perpustakaan MPKS di sini, semalam.

Advertisement

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang merasmikan majlis penyerahan enam kios berharga RM15,000 setiap satu terbabit kepada enam penerimanya dari Kampung Baru, Kota Samarahan.

Datuk Peter Minos

Peter berkata setakat ini MPKS sudah banyak membaiki rumah usang penduduk miskin di kawasan pentadbirannya dengan beliau yang sudah tiga tahun menjadi Pengerusi MPKS menganggarkan tidak kurang 200 atau 300 buah rumah usang terbabit sudah baikpulih kakitangan MPKS di sekitar bahagian Samarahan.

Katanya ini mengunakan peruntukan diterima MPKS dari kerajaan setiap tahun terutama dari kerajaan negeri bagi membantu rakyat miskin dikawasan pentadbirannya dan pihak berkuasa tempatan itu juga sudah menubuhkan satu Jawatankuasa Pembangunan Komuniti dianggotai kaunselornya bagi menjalankan usaha terbabit.

Sementara itu, Rubiah yang merasmikan majlis penyerahan kios berkuasa solar terbabit berkata projek membaikpulih rumah usang penduduk miskin di kawasan luar bandar Kota Samarahan banyak dilaksanakan pejabat daerah dan agensi kerajaan lain.

“Manakala projek terbabit di kawasan bandar pula banyak dilaksanakan MPKS dan majlis daerah,” katanya dengan projek hanya membaikpulih rumah usang sahaja dan tiada lagi membina semula rumah terbabit. — DayakDaily

Advertisement