220 kes penipuan pinjaman tidak wujud, jumlah kerugian RM1.5 juta

Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah

Oleh Dean Adam

KUCHING, Jan 31: Sebanyak 220 kes penipuan pinjaman tidak wujud dilaporkan pada tempoh Januari hingga Disember 2018.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak, Supt Mustafa Kamal Ghani Abdullah berkata, jumlah kerugian yang direkodkan bagi kes berkenaan ialah melebihi RM1.5 juta.


Katanya, bagi tempoh 1 hingga 30 Januari 2019 pula sebanyak 18 kes penipuan pinjaman tidak wujud dilaporkan.

“Kes tersebut melibatkan jumlah kerugian melebihi RM100,000,” katanya di sini hari ini.

Mustafa menambah, selain itu sebanyak 39 tangkapan telah dibuat pada tahun 2018.

“Kini pihak polis masih menjalankan risikan untuk membanteras dan menggempur sindiket penipuan pinjaman tidak wujud itu pada tahun ini” katanya. — DayakDaily