MP Bandar Kuching gesa GPS buat keputusan tepat

Dr Kelvin Yii

Oleh Chris Bishop

KUCHING, FEB 29: MP Bandar Kuching,l Dr Kelvin Yii berharap Gabungan Parti Sarawak (GPS) membuat keputusan yang tepat dalam memilih Perdana Menteri kelapan.

Tidak menafikan GPS sebagai ‘KingMaker’ berhubung kemelut politik Persekutuan, pemimpin DAP itu khuatir budaya politik UMNO akan kembali.


“Kita mahu melindungi kepelbagaian budaya atau melindungi pelbagai
kaum kerana kita khuathir budaya UMNO pada masa lampau.

“Mereka akan membawa budaya konservatisme yang tidak kita harapkan di Sabah dan Sarawak.

“Kita harap GPS akan membuat keputusan yang tepat dan kita boleh mengenepikan perbezaan untuk negara yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media setelah merasmikan Kejohanan Badminton Bandar Kuching di Dewan Badminton Stapok di sini, hari ini.

Tambah Dr Kelvin, pemimpin tertinggi DAP akan bertemu dengan Abang Johari untuk membincangkan isu tersebut.

Meskipun berlainan parti katanya, kerjasama harus dicari untuk mencari
penyelesaian terbaik kerana rakyat telah mengundi PH.

Ujar beliau, rakyat telah memberikan mandat kepada PH menerusi keputusan pilihan raya umum yang lalu untuk mentadbir negara.

“Saya harap PH diberi peluang untuk menghabiskan penggal pentadbiran
selama lima tahun untuk mentadbir negara.

“Kemudian, biarkan rakyat menilai keberkesanan kita sebagai kerajaan
persekutuan,”katanya.

Dr Kelvin dengan tegas menolak perubahan kerajaan menerusi ‘pintu belakang’ kerana ia adalah menentang mandat rakyat. —DayakDaily